saya selalu pandang awak dari jauh. .melihat gelagat awak. .
gaya awak. . cerita awak. awak memang seorang yang ceria. .suka menghiburkan
orang. .
kadang-kadang awak ada tegur saya. . tapi saya tak layan selalu. .trip jual mahalkan. .tapi itu dulu selepas ada student perempuan(awek) baru
masuk. . awak dah tak seberapa bercakap dengan saya. kelas tetap riuh dengan
awak, tapi, saya tetap rasa kosong. . .
hati saya makin lama makin tehiris nampak awak selalu
bercerita dengan dia. .malah dia layan awak begitu mesra sekali.rasa macam
menyesal jual mahal, akhirnya memakan diri.kalau dapat, saya nak bagi hati
saya yang sakit ni dengan awak, supaya awak tahu, betapa terseksanya saya
melihat keadaan ini.
namun, lepas tu awak pindah, tanpa mengucapkan selamat
tinggal dengan saya.saya dah tak tahu macam mana nak berhubung dengan awak,
saya tak tahu Facebook awak, Twitter, apatah lagi no handphone. hanya kesabaran
sahaja yang mengisi kekosongan hati ini, tak pernah saya rasakan sebegini rupa.
satu hari, kawan rapat awak datang jumpa saya, rupanya dia
serahkan surat awak kepada saya.saya bingung, kenapa tiba-tiba sahaja?saya
buka dan saya baca~
“Salam, awak apa khabar? Sihat? Maaf tak sempat ucapkan
apa-apa kepada awak semasa saya pindah hari tu. Perpindahan saya bersebab, dan
saya harap awak faham, saya berdoa, semoga awak sentiasa gembira, tabah
menghadapi segala dugaan, kerana saya tahu, kita tak akan dapat jumpa lagi”. .
saya tergamam, sebak, tapi saya hairan kenapa awak kirimkan
surat sebegini kepada saya.saya berpaling kepada kawan awak, dan dia berkata
sambil menangis ~
“Tuhan lebih menyayanginya, dia bertarung dengan kanser
sebelum ini. Dia berharap dia dapat sembuh, kerana selepas itu dia ingin
melamar awak sebagai kapel dia. . .
air mata ini tumpah semahunya.hanya bacaan Al-Fatihah
mengiringi tangisan ini. . .
p/s : hargailah orang yang sayang kita. .bukan kita hargai orang yang kita sayang. .kerana orang yang sayang kita akan setia pada kita dan hargai diri kita. .dan orang yang kita sayang belum tentu akan setia dan hargai kita. .