siti gemar meluangkan masanya di tepi pantai, bertemankan sebuah buku nota dan gitar peninggalan arwah bapanya. Di situlah tempat dia mendapat ilham untuk mencipta lagu baru. Sejak berusia 6 tahun lagi, siti sudah menunjukkan bakatnya dalam bidang muzik, dan sejak itulah dia telah dididik oleh bapanya yang merupakan seorang gitaris yang terkenal pada abad 80-an. Kini, sudah lebih 5 tahun bapanya pergi dijemput Tuhan, dan tinggallah dia bersama ibunya, Mak Cik Fadzleen, serta adik-beradiknya, Marissa, Amir Izzat dan Farhan.
Tangan yang sedari tadi memetik tali gitar terhenti. Siti menoleh ke belakang apabila menyedari kehadiran seseorang. Dia tersenyum apabila melihat susuk tubuh yang sangat dikenali menghampirinya sambil membawa dua kole minuman panas.
“Assalamualaikum siti…” Kata zeck sambil menghulurkan air tersebut kepadanya.
“Wa’alaikumsalamzeck, duduklah. Terima kasih, buat susah-susah aja,” jawab siti, menjemput zeck untuk duduk di hadapannya.
“siti buat apa kat pantai pagi-pagi ni? Tak takut ke duduk seorang diri?”
“zeckni… Macam tak biasa pula. Bukankah setiap hari memang siti akan duduk kat sini? Pagi-pagi beginilah yang paling aman buat siti, tiada gangguan daripada orang lain. Baru senang nak menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.”
“Sedap bunyi muzik tadi, siti buat lagu baru, ya?” Tanya zeck.
“Eh, mana zeck tahu sedap ke tak, boleh makan eh?” gurau siti.
“siti ni kan, zeck serius ni, dia main-main pula.”
“Ala, zeck, janganlah marah. Bukan selalu siti dapat jumpa zeck, masa cuti panjang aja zeck balik rumah. zeck kan sekolah asrama, kat Kuala Lumpur pula tu, jauh! A’ah, siti tengah buat lagu baru. Tiba-tiba aja tadi ada idea datang, terus mula menulis!”
“Boleh siti mainkan untuk zeck tak?”
“Nanti bila lagu ni dah siap, siti mainkan untuk zeck, ya?”
“Kenapa tak boleh main sekarang?”
“Malu!”
“siti ni, macamlah zeck tak pernah dengar siti main gitar tu. Bolehlah, ya?”
“Satu rangkap aja, ya?”
“Satu rangkap pun jadilah, asalkan dapat dengar!”
Mereka berdua tertawa gembira, dan siti mula memainkan alunan muzik yang mendamaikan hati zeck.
**********************************
“zeck! Tunggulah siti!”
“Cepat siti! Nanti kita tertinggal bas pula! siti tahu kan Pakcik Azmi tak suka orang yang lambat!”
“zeck, tunggu!” Kaki siti tersadung pada akar pokok dan dia terjatuh, buku yang dipegangnya bertaburan. “zeck!”
“siti!” zeck lari mendapatkan siti. Dia mengutip buku-buku siti dan membantu siti untuk bangun semula. “siti okey tak ni?”
“Aduh, sakit!” siti mengerang kesakitan, menahan pedih di tangannya.
“siti, tangan siti berdarah!” zeck ternampak kesan tompokan darah di lengan baju siti.
“zeck, sakit!” siti memegang erat lengan zeck.
“Jom, zeck bawa siti balik rumah. Kita tak payah pergi sekolah hari ni, nanti zeck telefon cikgu bagitahu.”
Sambil membawa buku-buku siti, zeck memimpin siti pulang ke rumahnya yang terletak hampir 2km daripada tempat perhentian bas. Setibanya mereka di rumah siti, zeck tercari-cari Mak Cik Fadzleen, ibu siti, tetapi tidak kelihatan. Melihat keadaan siti yang kelihatan seperti mahu menangis, zeck membawa siti pulang ke rumahnya untuk membersihkan luka di tangannya. Ketika zeck sedang meletakkan ubat di lengan siti, ibunya pulang dari pasar tani.
“Eh, zeck, apa jadi ni?” Tanya Mak Cik Atikah, risau melihat kesan darah di baju putih siti.
“siti jatuh tadi umi, tangannya berdarah ni, zeck nak bersihkan sekejap,” jelas zeck.
“Masya-Allah! Mari sini siti, biar mak cik letakkan ubat yang selalu mak cik guna bila si zeck luka,” kata Mak Cik Atikah sambil berlalu ke kamarnya. siti mengikut sambil mengelap air matanya.
“siti... siti…” keluh zeck perlahan.
***************************************
“zeck!” Suara siti mengejutkan zeck yang sedang mengelamun jauh.
“Opocot!” zeck melatah, terkejut. “Eh, siti ni… Janganlah terkejutkan zeck, boleh kena sakit jantung tau!”
“zeck lah, siapa suruh mengelamun jauh sangat. zeck yang beriya-iya nak siti mainkan lagu tu untuk zeck, tapi zeck yang tak dengar,” kata siti, memuncungkan bibirnya.
“Ala, siti, I’m sorry, tapi tadi zeck teringat sewaktu kita kecil dulu, siti comel sangat! Tapi sekarang siti dah berisi sikit, tak comel macam dulu!” Usik zeck.
“zeck!” siti mencubit lengan zeck dengan geram.
“Sakitlah siti…”
“Hah, tu lah, siapa suruh usik siti lagi? Dah lah, siti nak balik!” siti bangun serta berlalu pergi membawa buku dan gitarnya.
“siti, janganlah merajuk… zeck gurau aja lah!” zeck bangun dan berlari mengikuti siti.
“Dah lah zeck, balik rumah. Mak Cik Atikah tengah tunggu zeck tu,” kata siti, sambil menahan air matanya.
“siti… Janganlah macam ni… siti tahu kan zeck gurau aja tadi…” zeck berusaha memujuk siti, namun pujukannya tidak diendahkan. siti berlari pulang ke rumahnya, meninggalkan zeck termangu-mangu di pantai bersendirian. “siti…” keluh zeck. Dia berpatah balik untuk mengambil bekas minuman mereka sebelum berlalu pulang ke rumahnya.
“KAK siti!” Suara Amir Izzat memecahkan kesunyian di rumah mereka.
“Yang kau menjerit malam-malam buta ni kenapa pula?” marah siti yang baru sahaja selesai menyiapkan kerja sekolahnya.
“Tadi saya pergi rumah Anwar, nak pinjam buku dia. Saya terserempak dengan zeck, dia suruh bagitahu Kak siti yang dia nak balik sekolah malam ni,” jelas Amir Izzat.
“Ha? Malam ni? Pukul berapa, dia ada cakap tak?” siti terkejut mendengar khabar tersebut.
“Tak cakap pula, tapi rasanya, dia nak balik dah, sebab tadi saya nampak beg baju dia kat halaman rumah.”
Tanpa berkata apa-apa, siti terus mencapai tudungnya yang sudah tersedia di belakang pintunya dan memakainya dengan terburu-buru.
“Bagitahu mak, Kak siti pergi rumah zeck sekejap,” pesannya sebelum meninggalkan rumah. Dia hampir sahaja berlari ke rumah zeck, namun kain yang dipakainya mengehadkan pergerakannya.
Dia tiba di rumah zeck dalam masa seminit. Suasana di rumahnya sunyi sepi, seperti tidak berpenghuni.
“Assalamualaikum, Mak Cik Atikah,” siti mengucapkan salam sambil memerhati keadaan sekelilingnya.
“Waalaikumsalam,” jawab Mak Cik Atikah, kepalanya terjenguk di tingkap. “Oh, siti, kenapa datang malam-malam ni?”
“zeck ada tak mak cik?” tanya siti tanpa menyembunyikan tujuannya.
“Oh, zeck baru je bertolak dengan Pak Cik Aarif dalam 5 minit yang lepas. Tadi zeck tunggu siti, tapi siti tak datang. Bas dia ke Kuala Lumpur pukul 10 malam, jadi dia tak boleh tunggu lama sangat, terpaksa pergi dulu,” jelas Mak Cik Atikah.
“Oh…” siti tidak mampu berkata apa-apa lagi. Hajatnya untuk berjumpa zeck sebelum zeck pulang ke sekolah tidak kesampaian.
“Tapi dia ada tinggalkan sesuatu untuk siti, sekejap ya, mak cik pergi ambil dulu,” kata Mak Cik Atikah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian, dia keluar membawa satu sampul surat. “Nah. zeck minta mak cik berikan pada siti.”
siti mengambil sampul surat tersebut. Kelihatan namanya tertera di sampul tersebut. “Terima kasih mak cik. Kalau tak ada apa-apa, siti balik dulu, ya?”
“Jaga diri baik-baik siti, dah gelap ni,” pesan Mak Cik Atikah.
“Baik mak cik. Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam…”
siti berlalu pulang ke rumah, tangannya erat memegang sepucuk surat pemberian Faishal. Dia tidak sabar untuk pulang dan membaca warkah tersebut.
Buat saudari siti yang dikasihi,
Pertama sekali, maafkan zeck kerana tidak memberitahu siti bahawa zeck akan bertolak pada malam ini. zeck bercadang ingin meluangkan masa bersama siti pagi ini, tetapi siti merajuk dengan zeck. zeck minta maaf atas kata-kata zeck yang mungkin menyakitkan hati sii pagi tadi, zeck tak sengaja.
siti,
Maafkan zeck kerana terpaksa pulang ke bandar seawal ini,. Sebolehnya zeck ingin bersama siti di pantai, mendengar siti bermain gitar sambil mengimbas kembali kenangan lalu, tetapi apakan daya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun Dia yang menentukan segalanya.
siti kena belajar bersungguh-sungguh. Bukankah dulu siti berjanji pada abah siti yang siti akan menjadi seorang pensyarah di universiti tempatan? Berbekalkan azam yang kuat, serta usaha yang gigih, zeck tahu siti boleh mengecapi semua impian siti itu. Tiada apa yang mustahil di dunia ini sekiranya kita berusaha. zeck selalu mendoakan agar siti berjaya dalam apa jua yang siti lakukan.
Jaga diri siti baik-baik. Dengar cakap ibu siti. Jangan jadi anak yang derhaka kepada ibu. siti sebagai kakak sulung kena selalu tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup ini. Ujian Allah SWT datang dalam pelbagai jenis, tetapi siti jangan sesekali pun berputus asa. zeck tahu siti kuat dan mampu menghadapi segala dugaan dan cabaran yang melanda. Tabahkan hatimu, kuatkan semangatmu, lapangkan fikiranmu dan tenangkan jiwamu.
Sekiranya siti merasakan bahawa dugaan yang tiba itu terlalu berat, ingatlah bahawa Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (surah al-Baqarah, ayat 286). siti jangan pernah berputus asa atau bersedih dengan apa jua yang berlaku. Ingatlah firman Allah SWT di dalam surah Ali Imran, ayat 139 yang bermaksud, ‘Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.’
siti yang dirindui selalu,
zeck berjanji akan pulang untuk berjumpa dengan siti suatu hari nanti. siti tunggulah kedatangan zeck, ya? Tetapi andai kata ini kali terakhir siti mendengar khabar daripada zeck, zeck ingin memohon maaf atas segala kesalahan zeck terhadap siti. Maafkan segala ketelanjuran zeck, segala tingkah laku zeck yang mungkin tidak menyenangkan siti, segala tutur kata zeck yang melukakan hati siti sepanjang persahabatan kita. sitilah satu-satunya sahabat zeck yang tahu segala rahsia zeck. sitilah tempat zeck mengadu masalah zeck. sitilah tempat zeck melepaskan tekanan apabila ditimpa musibah.
zeck bersyukur kerana telah dikurniakan seorang sahabat sebaik siti. sitilah satu-satunya sahabat yang mengambil berat tentang zeck. sitilah satu-satunya sahabat yang memberikan dorongan kepada zeck. Tanpa siti, tentu zeck dah jatuh tersungkur dek dugaan hidup yang pelbagai. Dengan kehadiran siti dalam hidup zeck, zeck mendapat sumber kekuatan.
Terima kasih siti, kerana menjadi seorang sahabat yang zeck sayangi. Moga persahabatan kita ini diredhai Allah dan kekal selamanya. zeck akan selalu mendoakan kesejahteraan hidup siti, walau di mana pun siti berada.
Yang selalu mengingatimu,
zeck
Air matanya gugur tatkala membaca tulisan zeck. Siti melipat semula surat tersebut dan menyimpannya di dalam laci mejanya. Dia teringat kembali saat perkenalan mereka 10 tahun yang lalu.
***********************************************
“ibu! Kenapa orang kat rumah depan tu angkat kotak-kotak besar tu ibu?” siti yang ketika itu berumur 6 tahun bertanya kepada ibunya.
“Tu lah jiran baru kita, siti. Mereka baru pindah dari Kampung Dusun,” jelas ibunya.
“Oh… ibu, siti nak pergi tengok, boleh?”
“Pergilah, tapi jangan lama sangat, ya?”
“Terima kasih ibu!” siti memakai seliparnya dan berlari ke arah rumah tersebut.
Kelihatan pekerja-pekerja sedang mengangkat kotak yang berisi barang perhiasan serta perabot ke dalam rumah. Mata siti melilau mencari sesiapa sahaja yang boleh diajak bermain, dan pandangannya terjatuh atas kelibat seorang kanak-kanak yang kelihatan sebaya dengannya. Kanak-kanak tersebut sedang duduk di bangku di bawah pokok yang lebat.
“Hai!” kata siti, menghulurkan salam perkenalan.
“Hai…” jawab zeck, malu-malu.
“Nama saya siti, awak pula?”
“zeck...”
“Awak nak pergi ke taman dengan saya tak?”
“Sekejap ya, saya tanya umi saya dulu.” zeck berlalu ke arah Mak Cik Atikah yang sedang bercakap dengan beberapa orang pekerja. Seketika kemudian, zeck kembali kepada siti. “umi saya cakap tak boleh lama-lama, tau.”
“Jom, saya bawa awak jumpa kawan-kawan yang lain!” siti segera menarik tangan zeck.
“Kawan?” zeck terpinga-pinga.
“Yalah, kita kan kawan? Jom lah!”
*******************************************
Persahabatan yang terjalin dalam masa yang singkat itu menjadi erat. Kini segalanya sudah berubah. Sekiranya dulu siti yang sering menjaga siti, melindungi siti daripada pembuli di sekolah, kini siti yang melindunginya, menjaganya seperti darah daging.
Dua bulan kemudian
“siti …”
“Ya zeck?”
“Maafkan zeck, siti…”
“Kenapa ni?”
“Maafkan zeck kerana zeck terpaksa pergi dahulu…”
“zeck nak pergi mana?”
“siti jaga diri baik-baik, ya? Jaga ibu dan adik-adik siti,” pesan zeck. “Bila zeck dah tak ada, siti jangan lupa doakan zeck, ya? siti jangan lupakan zeck tau.”
“zeck, zeck nak pergi mana ni?” siti pelik dengan perlakuan zeck.
“zeck pergi dulu, ya? Assalamualaikum siti…” zeck berpaling lalu pergi meninggalkan siti.
“zeck! zeck nak pergi mana?” siti berusaha untuk mengejar zeck, tetapi zeck seolah-olah telah lenyap ditelan kegelapan malam. “zeck!”
“siti… bangun nak…”
“zeck! zeck!”
“siti… Bangun nak… Kan ibu dah cakap, tak elok tidur lepas Subuh…”
siti membuka matanya dan ternampak ibunya yang sedang duduk di sebelahnya, matanya merah seperti baru lepas menangis.
“Astaghfirullah… ibu, siti baru aja mimpi zeck. Dia cakap dia nak tinggalkan siti. siti tak tahu dia nak pergi mana, tapi cara dia cakap macam dia nak pergi selama-lamanya. siti takut ibu…” luah siti, memeluk Mak Cik Fadzleen.
“Itu semua mainan syaitan aja Ina, Ina jangan risau ya?” Mak Cik Fadzleen berusaha memujuk siti.
“Bila zeck nak balik lagi, ya? Dah dua bulan siti tak jumpa dia. Lagipun bukankah cuti sekolah nak dekat dah? siti rindu dia lah ibu…”
“siti…” Air mata Mak Cik Fadzleen bergenang di matanya.
“ibu, kenapa ibu nangis ni?” siti pelik melihat air mata ibunya.
“zeck dah tak ada nak…” suara Mak Cik Fadzleen perlahan dan sayu.
“Apa?”
“zeck tak kan kembali lagi… Bas yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dalam perjalanan pulang ke sini. zeck disahkan meninggal dunia di tempat kejadian…”
“ibu tipu! ibu tipu!”
“siti…”
“zeckl berjanji dia nak pulang berjumpa dengan siti! Dia janji ibu!”
“siti… Dengar cakap ibu…”
“ibu tipu siti! zeck dah balik, kan? Dia nak buat kejutan untuk siti ya?” siti tidak dapat menerima kenyataan bahawa zeck telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
“siti… ibu minta maaf sangat-sangat… ibu tak tipu… ibu baru aja balik dari rumah Mak Cik Atikah. Jenazah dia baru sampai dari hospital.”
siti tidak mampu berkata-kata. Berita yang diterima mengejutkannya. Dia terasa bagaikan masih berada di alam mimpi, di dalam tidur yang nyenyak. Mimpi yang disangkakan mainan tidur rupa-rupanya kenyataan hidup. Air matanya keluar bercucuran di pipi. Dia memeluk ibunya dengan erat, menangis teresak-esak. Kenangan bersama zeck memenuhi fikirannya. Suaranya, gelak tawanya, sikap tanggungjawabnya. Esakan siti bertambah kuat.
“Kenapa dia kena pergi seawal ni ibu? Kenapa??”
“siti… sabar ya?”
“Dia pergi tanpa jumpa siti dulu. Dia tak cakap selamat tinggal pun kat siti… Hari tu dia balik sekolah, tak jumpa siti dulu… Mana boleh macam ni!”
“siti…”
“zeck tipu! zeck janji nak jumpa siti dulu! zeck tipu! siti benci zeck! siti benci!” esak siti. “siti nak jumpa zeck! siti nak jumpa zeck, nak minta maaf dengan zeck! Kenapa dia kena pergi sekarang? Dia muda lagi. Tak sampai 16 tahun. Kenapa ibu, kenapa?!”
“ ‘Dari bumilah Kami ciptakan kamu, dan ke dalamnya Kami akan menggembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi…’ siti ingat lagi firman Allah dalam surah Thaahaa, ayat 55, kan? Semua yang hidup pasti akan pulang kepada-Nya… Semua yang hidup pasti akan mati… siti kena terima kenyataan ini…” nasihat Mak Cik Fadzleen.
siti terdiam mendengar ayat tersebut. Hatinya tersentuh dengat kalimah Allah SWT. Cepat-cepat dia beristighfar dan meminta ampun kepada Allah kerana mempertikaikan takdir Yang Maha Berkuasa. Sudah tentu Dia tahu apa yang terbaik buat hamba-hambanya. Siapalah dia jika mahu menyoal suratan Ilahi? Dia hanyalah hamba yang lemah, seorang insan yang kerdil jika mahu dibandingkan dengan para sahabat Rasulullah SAW dan para ulama’.
“siti… siti bersiap, ya nak? Kita pergi rumah Mak Cik Atikah. Mereka mahu mengebumikannya selepas Zuhur nanti. Kita pergi melawat jenazahnya, ya siti?” kata ibunya.
siti hanya mengangguk, menahan esakannya. Dia bangun dan berlalu ke bilik air. Dia membuka paip dan mencuci matanya yang mulai merah. Selepas membersihkan dirinya, dia memakai sepasang baju kurung pemberian zeck sewaktu ulang tahun kelahirannya pada tahun lepas. Air matanya gugur sekali lagi ketika ingatannya kembali kepada hari terakhir dia berjumpa zeck. Kini segalanya tinggal memori. Tiada lagi gelak tawa yang boleh menghiburkannya ketika dia berduka, tiada lagi pendengar setia yang menilai lagu-lagu barunya. Semuanya hilang begitu sahaja dengan pemergian zeck.
Selesai bersiap dan memakai selendang putih, siti keluar dari biliknya dan menunggu ibunya di ruang tamu. Sepuluh minit kemudian, mereka berdua berjalan menuju ke rumah Mak Cik Atikah.
“ibu, Marissa, Amir dan Farhan mana?”
“ibu hantar pergi rumah Mak Cik Liyana, minta dia tolong jagakan. ibu nak jaga siti, sebab ibu tahu siti susah nak terima kenyataan ni…”
“ibu… siti sayang ibu!” siti memeluknya erat-erat. “ibu jangan pergi tinggalkan siti macam zeck tinggalkan siti tau…”
“InsyaAllah ibu akan ada dengan siti. Tapi kalau ibu terpaksa pergi dulu, siti janganlah sedih. Sudah suratan nasib, semua yang hidup akan mati. siti kena ingat tu…” nasihat Mak Cik Fadzleen.
“Doakan siti tabah, ya ibu? siti tak sanggup lagi kehilangan seseorang yang siti sayang…”
“ibu sentiasa doakan anak ibu bahagia dunia dan akhirat…”
Mereka meneruskan perjalanan ke rumah Mak Cik Atikah. Kelihatan rumah tersebut sudahpun dipenuhi dengan penduduk kampung tersebut. Berita kematian zeck telah tersebar luas dan semua kenalannya datang bagi memberikan takziah kepada keluarganya.
“Assalamualaikum…” Mak Cik Fadzleen memberi salam ketika mereka tiba di muka pintu.
“Waalaikumsalam… Oh, Kak Fadzleen… siti… Masuklah… Atikah ada kat dalam dengan zeck,” kata Pak Cik Aarif lalu menjemput mereka ke dalam bilik.
Kelihatan sekujur badan terbaring di atas kain kapan putih. Mukanya suci dan bersih, dan dia kelihatan seperti sedang tersenyum. siti menghampiri jenazah zeck lalu duduk di sebelahnya. Ibunya mengetahui perasaan anaknya itu lalu mengajak Mak Cik Atikah dan Pak Cik Aarif ke luar untuk memberikan peluang kepada siti berbicara dengan zeck buat kali terakhir.
“Assalamualaikum zeck…” siti berkata dengan perlahan. Dia merenung muka zeck bagaikan menunggu salamnya disahut. “siti harap zeck gembira di sana. siti tahu zeck akan bahagia berada di sisi-Nya. siti doakan agar zeck selalu tenang dan aman di sana.” siti menyeka air matanya yang mula mengalir. “siti cuma nak berterima kasih kepada zeck. zeck dah banyak bantu siti. Semua masalah siti, walaupun sekecil mana, zeck tetap setia mendengar. zeck dah banyak beri dorongan kepada siti untuk sabar dalam hidup ni. siti janji, siti akan ingat pesanan zeck. siti akan belajar bersungguh-sungguh. siti akan penuhi janji siti pada abah. Suatu hari nanti, siti akan menjadi seorang pensyarah sains politik. siti akan jaga ibu dan adik-adik siti. siti akan ubah hidup kami sekeluarga. siti janji. zeck jaga diri baik-baik, ya? Tunggu siti, suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi…”
Air matanya gugur menyembah bumi. Dia tidak mampu menahan kesedihan hatinya. Meskipun dia tahu bahawa dia perlu tabah menghadapi dugaan ini, hatinya tersangat sedih atas pemergian zeck.
7 tahun kemudian…
“Assalamualaikum para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat datang saya ucapkan kepada semua yang sudi hadir pada Majlis Konvokesyen Universiti sains Malaysia.”
Tepukan gemuruh kedengaran. Dewan Utama USM dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa serta kaum keluarga para graduan. siti yang sedang beratur bersama para graduan yang lain mencari kelibat ibu dan adik-adiknya dalam kalangan hadirin yang hadir pada hari itu. Setelah beberapa minit mencari, akhirnya dia ternampak ibunya yang sedang duduk di barisan kedua bersama-sama Mak Cik Atikah dan keluarganya. Hatinya tersentuh kerana mereka sanggup datang walaupun kedudukan USM di PULAU PINANG, agak jauh daripada rumah mereka yang terletak di Pahang.
Ucapan canselor USM, Sultanah Hajjah Zanariah binti Almarhum Tunku Ahmad telah berakhir. Para graduan telah dipanggil seorang demi seorang untuk menerima ijazah masing-masing.
“Sekarang dipersilakan siswazah terbaik pada tahun ini, saudari untuk tampil memberikan ucapan beliau.”
Para hadirin bertepuk tangan ketika siti melangkah ke podium. Hatinya bergelora, namun perasaan gementarnya dilupakan buat seketika. Ketika dia mahu memulakan ucapannya, dia merenung ke arah ibunya untuk mendapatkan kekuatan. Buat seketika, dia terasa seperti ternampak kelibat zeck di sebelah ibunya, tersenyum sambil memandangnya. ‘zeck, siti tujukan kejayaan siti ini buatmu. Semoga rohmu bahagia sentiasa…’ bisik hati kecilnya. Dia teringat sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh zeck sewaktu mereka sedang bersantai di pantai suatu masa dahulu



